09 April 2021

DIKECAM KRITIK PERSEMBAHAN - HAFIZ HAMIDUN & NABILA RAZALI KINI BERDAMAI



Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun sebelum ini dikecam teruk selepas memperlekehkan kemampuan vokal Nabila Razali ketika bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35), dengan memuat naik status mengkritik persembahan penyanyi itu menerusi lagu 'Peluang Kedua'.

Dalam status tersebut yang dimuat naik di Twitter, Hafiz seakan-akan menyindir Nabila sudah membazirkan peluang yang diberikan apabila nyanyiannya 'terkucil' di bahagian korus ketika menyampaikan lagu tersebut.

Terkini, setelah hampir sebulan peristiwa tersebut, Hafiz menerusi laman Instagram telah berkongsi satu foto dimana dia dan Nabila, 29, yang juga seorang pelakon itu dilihat sudah berdamai.

Klik untuk gambar besar



Malah Hafiz, 37, sudah bertentang mata dengan penyanyi lagu 'Vroom Vroom' itu bagi menjelaskan tentang kontroversi yang berlaku antara mereka sebelum ini.

"Ini merupakan perjumpaan pertama kami selepas AJL dan saya ambil kesempatan untuk bertemu empat mata dengan Nabila sendiri bagi jelaskan apa yang berlaku. Daripada apa yang kami bincangkan, Nabila nampak positif dan memaafkan saja kalau ada salah silap.



"Saya juga secara peribadi katakan maaf pada Nabila kalau isu itu menggores hatinya... niat saya sekadar bagi komen peribadi, itu sahaja," katanya.

Mereka dipertemukan dalam sebuah program Ramadan yang menjalani penggambaran pada Rabu. Hafiz memuat naik gambarnya bersama Nabila ketika menjayakan sesi penggambaran program tersebut.

"Sempena Ramadan yang bakal tiba, sempat buat penggambaran dengan Nabila Razali. InsyaAllah semoga Ramadan lebih bermakna dan moga success untuk Nabila," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Hafiz Hamidun & Nabila Razali

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: