01 April 2021

FAUZIAH NAWI PECAH RAHSIA MARYAM HAMIL?: DIA GEMUK LAIN, DIA GEMUK ADA BENDALAH!"



"Dia gemuk lain, dia gemuk ada bendalah! Badan perempuan mengandung bukan gemuk tetapi dia mengembang pada bahagian tertentu," itulah kata-kata pelakon veteran Fauziah Nawi yang secara bersahaja mendedahkan pemilik jenama Durian Kimchi, Instafamous dari Korea iaitu Maryam You Narae itu sedang hamil.

Reaksi isteri kepada Rizal Ibrahim yang terkejut dan 'terkedu' itu selepas ditegur Fauziah mengenai bentuk tubuhnya seperti sedang berbadan dua, menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Fauziah yang dijemput menjadi tetamu dalam episod ke-10 program Punchline DAC pada awalnya hanya menjawab soalan Datuk AC Mizal mengenai tips menurunkan berat badan. Namun secara tidak sengaja meneka mengenai kehamilan Maryam.

Semua bermula apabila AC menyakat Maryam yang merupakan hos bersama program tersebut dengan mengatakan badan instafamous tersebut sedikit berisi. Namun dibalas Fauziah dengan mendakwa wanita Korea itu sedang mengandung.

Klik untuk gmbar besar



AC kemudiannya bertanya kepada Maryam bagaimanpun Fauziah boleh tahu tentang kehamilannya, apatah lagi apabila meneka anak yang dikandung adalah perempuan: "Saya teka sahaja, mungkin saya salah," kata Fauziah lagi.

Walaupun tidak mengiyakan telahan Fauziah, Maryam berjanji akan memberitahu mengenai jantina anaknya selepas dua bulan: "Macam mana ibu tahu baby girl? Nanti dua bulan lagi saya kasi tahu," kata Maryam.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan dibuat pasangan 'duriankimchi', Maryam mahupun Rizal. Apa-apa pun, jika benar tahniah kami ucapkan.



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: