25 April 2021

MICHAEL ANG TERKEJUT KES COVID-19 MENINGKAT: "TAK PAYAH BELI BAJU RAYA... MASAK & MAKAN SENDIRI"



"Ok confirm tak payah beli baju raya. Simpan aje duit la! Raya ni kita main-main masak and makan sendiri kat rumah aje la! Apoooo 2800 kes Covid!!!! Tolong la duduk rumah kalau tak ada bendapenting dekat luar tu! Scaryyyyy MCO balik!" demikianlah kata penerbit, pengarah dan pelakon Michael Ang menerusi muat naiik di laman Instagram miliknya.

Sejak kebelakangan ini, kes Covid-19 dilihat meningkat naik sekaligus mencetuskan kebimbangan. Perkara itu turut mendapat perhatian, Michael atau mesra disapa Mike yang memberitahu bahawa dia tidak akan beraya tahun ini.

Katanya lagi, melihatkan kes meningkat naik lebih baik jika simpan sahaja duit daripada membeli baju raya baharu. Ujarnya, raya kali ini dia hanya masak-masak dan makan sendiri sahaja di rumah.

Klik untuk gambar besar



Michael turut mengingatkan orang ramai supaya menjaga diri dan keluar rumah jika ada urusan penting sahaja, malah bimbang jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.

Perkongsian Michael itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut dengan peningkatan kes, namun masih berharap kerajaan dapat memberi kebenaran untuk pulang beraya.

Dalam pada itu, ramai meninggalkan komen mengatakan mereka sentiasa mematuhi SOP dan duduk di rumah sudah lebih setahun namun golongan 'kayangan' yang merayap sana sini.



www.myartis.com / Sumber & foto: Oh Bulan & Instagram Michael Ang

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: