01 April 2021

NEELOFA: "FREE MARKETING DAH GEGAR SATU NEGARA, SYUKUR REZEKI ALLAH ATUR"



"Bertenang semua di luar sana, tak 'launch' lagi (tapi) 'free marketing' dah gegar satu negara. Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta orang tahu outlet saya akan dibuka di Langkawi," tulis selebriti Noor Neelofa menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Penularan beberapa foto pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, PU Riz yang didakwa berada di Langkawi, Kedah untuk berbulan madu baru-baru ini, cukup menggemparkan industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun segala kekeliruan berkenaan terjawab, apabila pasangan pengantin baru itu rupa-rupanya terbang ke pulau peranginan terbabit untuk menghadiri pembukaan cawangan sebuah jenama minuman francais terkenal.

Klik untuk gambar besar



Menganggap kontroversi yang muncul memiliki hikmah tersendiri, Neelofa tidak menyangka kini kedai yang bakal dibuka itu sudah diketahui ramai.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, berkata kontroversi itu sedikit sebanyak membantu memberikan publisiti kepadanya dalam perancangan menceburi perniagaan minuman berkenaan.

Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 26, dilaporkan ke Pulau Langkawi atas urusan kerja dan bukan berbulan madu seperti tular di media sosial.



Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, Neelofa ke pulau peranginan berkenaan bersama tiga yang lain.

Pasangan sejoli ini yng sah bergelar suami-isteri pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur itu dimaklumkan berada di pulau peranginan terbabit untuk mengadakan lawatan kerja dengan sebuah jenama minuman francais terkenal.

Menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan netizen, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali memberitahu pasangan ini menghadiri pembukaan beberapa cawangan di Langkawi, Sungai Petani dan Kangar.





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, mStar & Instagram Noor Neelofa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: