05 May 2021

9 MALAM TERAKHIR RAMADAN - NORA DANISH BERSYUKUR BERJAYA KHATAM AL-QURAN LAGI



Hasrat Nora Danish untuk sekali lagi khatam Al-Quran pada bulan Ramadan menjadi kenyataan apabila pelakon ini berjaya melunaskannya. Berita gembira tersebut dikongsikan Nora menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

Nora dilihat ada memuat naik video membaca surah terakhir dan berjaya khatam pada 9 malam terakhir Ramadan. Dalam entri tersebut, Nora meluahkan rasa syukur niatnya untuk khatam Al-Quran pada bulan Ramadan dimakbulkan Allah.

Kata Nora lagi, dia berharap dapat khatam Al-Quran setiap tahun. Ujarnya, apabila sudah selesai, dia akan mengulang semula dari awal sedikit demi sedikit dan akan menghabiskan lagi separuh muka surat di bulan Ramadan.

Klik untuk gambar besar



"Ramadhan 22. Alhamdullilah syukur ya Allah. #roadtokhatamquran bulan Ramadhan, Allah kabulkan. Syukur ya Allah. Terima kasih Allah. Lepas Khatam tadi di rumah Mak Nora, Terus Hujan. Hujan Rahmat. Habis doa hujan berhenti. MasyaAllah. Allah Maha Mengetahui. Semoga Allah kabulkan doa kami semua," tulis Nora.

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji usaha Nora serta menjadikan inspirari untuk melakukan perkara sama setiap kali bulan Ramadan.


www.myartis.com / Foto: Instagram Nora Danish

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: