05 May 2021

"SERONOK DAPAT PAHALA FREE BERGANDA-GANDA..." - SITI NURHALIZA DIDAKWA 'ANGKUH'



"Alhamdulillah, saya patut tengah seronok ni, kumpul pahala banyak-banyak sepuluh malam terakhir ni.. Kata Ustaz bila berhadapan dengan dugaan.. Betuilah ustaz, dapat pahala free berganda-ganda pulak tu.. Alhamdulillah...," demikian tulis penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza di Insta Story miliknya yang kekal tenang meskipun dikecam.

Siti meluahkan rasa syukur apabila menerima kecaman teruk daripada netizen yang disifatkan sebagai pahala percuma di bulan Ramadan ini dek isu majlis tahnik anak keduanya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Namun, nama penyanyi nombor satu negara itu menjadi bualan di laman Twitter apabila didakwa memuat naik status berbaur angkuh. Susulan perkongsiannya itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Siti itu seolah tidak sensitif dengan keadaan sekeliling apatah lagi beliau sepatutnya menjadi contoh kepada orang ramai.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, ada juga mempertahankan penyanyi itu yang berpendapat beliau memuat naik kenyataan berkenaan kerana kecil hati dengan mulut netizen yang agak melampau.

Sebelum ini, rata-rata netizen mempersoalkan kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh Siti. Malah, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila tetamu didakwa dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut.





www.myartis.com / Foto: Instagram Siti Nurhaliza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: