05 May 2021

NAMRON SINDIR NEELOFA? : "APA JADAH PI NILAI CARI KARPET"



Menerusi muat naik di Twitter, pelakon dan pengarah terkenal iaitu Namron telah menjadi perhatian ramai baru-baru ini apabila seakan menyindir golongan selebriti yang merentas negeri.

Dalam status tersebut, Namron berkata jika diberi keizinan untuk merentas negeri, dia akan ke tempat makan yang kebiasaannya berada di negeri pantai timur.

Namron turut memuat naik gambar 'throwback' ketika dia sedang menikmati hidangan makan lau celup tepung di sebuah restoran. Di akhir entri itu, Namron dilihat sempat menyindir serta mempersoalkan mengapa sampai ke Nilai untuk mencari karpet.

Perkongsian Namron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan sindiran Namron itu yang disifatkan sangat 'tajam'.

Klik untuk gambar besar



Tidak kurang juga, ramai yang mahu menggunakan wataknya sebagai iblis Tyson dalam filem '18 Puasa Di Kampung Pisang' itu untuk memberi hukuman kepada golongan tersebut.

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan netizen mengenai selebriti popular Neelofa dan suaminya, PU Riz yang didakwa ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet.

Perkata itu turut mendapat perhatian pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang tampil menegur dan menasihati usahawan itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: