05 May 2021

MIZZ NINA JADI TAULADAN RAMAI - TIADA KONTROVERSI LEPAS BERHIJRAH



Semua sedia maklum mengenai penghijrahan Mizz Nina yang sebelum ini menjadi perhatian ramai. Penyanyi itu mengambil keputusan untuk berhijab ketika namanya sedang meningkat naik. Malah, Mizz Nina dikagumi ramai dengan sikapnya yang merendah diri.

Malah, dalam proses penghijrahan tersebut tidak pernah kita dengar kontroversi atau publisiti murahan dicetuskan oleh bekas penyanyi itu.

Baru-baru ini, seorang netizen memuat naik perkongsian mengenai Mizz Nina serta mengagumi keperibadiannya meskipun merupakan daripada keluarga berada. Katanya lagi, Mizz Nina memiliki segalanya namun tidak pernah menyalahgunakan ke arah tidak baik.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian individu itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang turut bersetuju dengan pendapatnya serta menyifatkan Mizz Nina adalah contoh tauladan yang baik.

Untuk makluman, Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh Salleh pada Julai 2011. Selepas menunaikan haji pada Oktober 2013, Mizz Nina memutuskan untuk berhijab.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: