24 May 2021

"HAPPY 6.9K TAHNIAH! HARAP ESOK DAPAT 7K HIHI" - IMAN TROYE DIKECAM TAK SENSITIF



Penyanyi Iman Troye menerusi ciapan di Twitter miliknya telah menulis statistik angka jangkitan harian Covid-19 disertakan perkataan 'happy' (gembira) yang disifatkan warganet dia berbangga dengan angka jangkitan itu.

"Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi #KerajaanGagal," tulis Iman Troye.

Umum mengetahui sejak beberapa hari lalu, kes Covid-19 yang dicatatkan agak membimbangkan apabila hampir mencecah 7,000. Semalam sahaja, Malaysia merekodkan angka tertinggi dengan 6,976 kes dan 49 kematian.

Melihatkan jumlah kes tersebut, ramai yang meluahkan rasa bimbang. Namun lain pula bagi Iman Troye seolah meraikan kes tertinggi itu serta berharap esok kes Covid-19 akan mencapai 7,000.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Iman itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan statusnya itu yang disifatkan tidak sensitif. Netizen berkata di sebalik kes tertinggi itu, ada yang bersedih apabila ahli keluarga mereka meninggal dunia.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan kes Covid-19 bukan perkara yang kelakar yang boleh dijadikan bahan jenaka. Malah, ada yang berkata tindakan penyanyi lagu 'Teman' itu memalukan sebagai public figure serta meminta untuk memadam Tweet berkenaan.

"Iman Troye patut disenarai hitam dalam industri seni. Memalukan" - "Padam ciapan ini. Ia sangat tidak kelakar. Ramai yang mati (disebabkan Covid-19)" - "Lepas ini kalau kena hentam jangan guna 'tiket' masalah gangguan mental," antara komen pengguna Twitter yang berang dengan ciapan 'sindiran' Iman Troye di Twitter.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: