24 May 2021

RIENA NAFI DIRINYA SUDAH KAHWIN SEBALIKNYA TERIMA IBU BARU



Baru-baru ini, pelakon yang popular menerusi watak Lailer dalam drama 'Kampung People' iaitu Riena Diana telah berkongsi foto bersama seorang lelaki dengan kapsyen "Alhamdulillah" dan meminta orang ramai mengucapkan tahniah kepadanya.

Bagaimanapun, entri tersebut telah membuat Riena Diana menerima mesej daripada netizen yang menyangkakan aktres itu sudah berkahwin.

Menjelaskan perkara itu, Riena, 24, berkata, lelaki dalam foto berkenaan adalah bapanya, Zulreal yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan.

Pemilik nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal ini berkata, ucapan tahniah dan syukur itu bukanlah disebabkan dirinya sudah bertukar status sebaliknya sempena menerima kehadiran seorang ibu baharu.

Klik untuk gambar besar



"Bukan saya yang kahwin... sumpah bukan. Selepas saya muat naik foto itu dengan kapsyen sebegitu, saya terima banyak DM daripada netizen yang ingat saya berkahwin.

"Sebenarnya lelaki dalam gambar itu adalah bapa saya dan ucapan serta luahan rasa syukur itu sebab saya terima kehadiran ibu baharu. Bukannya saya yang berkahwin tapi bapa saya," jelas Riena dipetik sebagai berkata kepada media..

Untuk rekod, bapa dan ibu kandung Riena sudah bercerai sejak Riena berusia 14 tahun. Dalam pada itu, Riena yang juga penyampai radio Hot FM ini memberitahu dia masih menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Nik Afiq.



Bagaimanapun, Riena yang terkenal dengan watak Lailer ini berkata buat masa kini dia masih belum mempunyai perancangan untuk membawa hubungan mereka ke arah perkahwinan.

"Alhamdulillah... hubungan saya dengan kekasih berjalan seperti biasa. Soal kahwin, macam saya cakap sebelum ini... buat masa kini ia bukan fokus utama. Tapi Insya-Allah... saya berharap semua orang doa yang baik-baik untuk saya," ujarnya secara ringkas.

Sebelum ini, perkongsian Riena memberi ucapan romantis kepada Nik Afiq sempena ulang tahun kelahiran teman lelakinya itu menarik perhatian.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: