24 May 2021

NEELOFA SELESAI BERI KETERANGAN ISU PELITUP MUKA - PU RIZ PULA JAWAB DAKWAAN SATU KERETA EMPAT ORANG



"Saya dan isteri, Neelofa mendapat surat kebenaran rentas negeri untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, pagi tadi. Peguam kami pun memang ada kes di Mahkamah Seremban. Dalam masa sama, mahkamah dan IPD berdekatan.

"Saya dan isteri memang dalam satu kereta sama. Jadi, kami tunggu peguam habis kes untuk bergerak sekali ke IPD. Selepas selesai beri keterangan, kebetulan pihak media sudah tunggu di depan pondok.

"Jadi, kami nak turunkan semula peguam ke kereta yang diletakkan di mahkamah. Jarak kedua lokasi pun tidaklah jauh. Jadi, apabila peguam masuk kereta kami, orang fikir kami memang naik satu kereta dari Kuala Lumpur.

"Mungkin kamera litar tertutup di kawasan IPD dan mahkamah boleh nampak kalau mereka nak bukti," itulah perjelasan pendakwah bebas dan pelakon, Pencetus Ummah (PU) Riz.

Selebriti popular Noor Neelofa, 32, dan suaminya sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa menaiki satu kenderaan melebihi tiga orang sekali gus melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Klik untuk gambar besar



PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, ketika berkata, apa yang disebarkan itu tidak seperti apa yang dipaparkan menerusi rakaman video yang tular.

PU Riz menjelaskan perkara itu tidak seterusnya dijadikan isu baharu: "Kami memang naik kereta asing. Tidak timbul isu naik satu kereta. Keluar dari perkarangan IPD pun sebab nak turunkan peguam di mahkamah," katanya.

Terdahulu, pasangan itu hadir ke IPD Seremban bagi memberi keterangan berkaitan tindakan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.

Kesalahan didakwa dilakukannya ketika hadir pada prosiding di Mahkamah Majistret Seremban, Khamis lalu, bagi pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berada di premis menjual karpet di Nilai 3, Nilai, dekat sini, pada 2 Mei lalu.


Sementara itu, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dituduh tidak memakai pelitup muka semasa berada di Mahkamah Majistret Seremban baru-baru ini selepas berulang kali didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Disebabkan oleh hal yang demikian, selebriti itu bersama suaminya, PU Riz dilihat berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada pagi tadi bagi memberikan keterangan berkaitan dakwaan tersebut.

"Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar. Tak banyak yang boleh saya ulas tentang hal ini memandangkan kes masih lagi dalam siasatan. Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih ya," katanya.

Bukan hanya ditemani suami, peguam Neelofa turut dilihat ada bersamanya semasa memberikan kerjasama dengan pihak polis sebentar tadi. Sama-sama kita nantikan kemas kini lanjut mengenai isu ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: