24 May 2021

JANNA NICK RISAU KES COVID-19: "KALAU COMPANY TU BAPAK KITA PUNYA BOLEH LA SELF LOCKDOWN"



"Self lockdown? Ntah la nak. Kalau company tu bapak kita punya boleh la self lockdown. Kalau tak, selagi tak positif selagi tu lah terpaksa keluar bekerja. Lagi satu, ingat berlakon ni boleh pakai mask ke? Ntah la, bukan nak merungut, kita ni risaukan orang lain, family. Takut kita ni jadi silent carrier..

"Sorry terpaksa luahkan.. Case dah mencanak-canak tetap tak nak total lockdown. Kita semua tahu perlaksanaan MCO 3.0 ni tak akan turunkan case pun. Sorry membebel. I'm just pissed off and sad," demikianlah tulis pelakon Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Melihatkan kes Covid-19 mencecah 7,000, Janna meluahkan rasa kesal apabila kerajaan tidak mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh bagi mengekang penularan virus berkenaan. Janna berkongsikan luahan kecewanya serta bimbang untuk keluar rumah. Katanya lagi, dia terpaksa keluar bekerja selagi tidak positif virus tersebut.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Janna berkata pelaksanaan PKP 3.0 tidak membantu mengurangkan kes jangkitan dan hairan mengapa tidak melakukan total lockdown. Diakhir perkongsian itu, pelakon drama Marry Me Senorita itu turut mendoakan mereka yang terpaksa keluar bekerja agar sentiasa selamat dan dijauhi daripada virus berkenaan.

Terdahulu, sebuah sidang media KKM bersama MKN telah diadakan semalam di mana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan perlaksanaan PKP 3.0 dengan SOP yang lebih ketat.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: