05 May 2021

PENDEDAHAN MASALAH GANGGUAN BIPOLAR BUKAN RAIH SIMPATI - JANNA NICK



Pelakon Janna Nick sebelum ini membuat pendedahan menerusi laman Instagram miliknya dimana dia mengalami masalah gangguan bipolar dan pernah melakukan cubaan bunuh diri sebanyak dua kali ketika berusia 14 dan 15 tahun itu.

Menerusi satu hantaran di media sosial itu, Janna berkata, dia juga bergantung dengan ubat anti kemurungan serta mendapatkan pemerhatian rawatan daripada doktor pakar.

Bagaimanapun, Janna menafikan pendedahan adalah untuk meraih simpati. Janna berkata, ia sebagai perkongsian kepada orang ramai supaya lebih peka terhadap permasalahan berkaitan kesihatan mental.

Klik untuk gambar besar



Menurutnya, keadaannya kini makin stabil namun masih mengambil ubat selain perlu bertemu pakar psikatri. Bagaimanapun, dia berdepan cabaran apabila kebanyakan ubat diberikan doktor tidak sesuai dengan situasi kerjayanya.

"Keadaan saya sekarang okay sebab masih lagi di bawah pemantauan ubat daripada doktor. Cuma, cabaran dan dugaannya apabila ubat yang perlu saya ambil itu tidak sesuai untuk kerjaya ini kerana ia memberi kesan cepat mengantuk selain terlebih tenang. Saya sebenarnya sudah tiga kali bertukar ubat yang sesuai," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.



Bercerita mengenai reaksi keluarganya, pengacara program 'Melodi' itu berkata, mereka agak terkejut dan tidak sangka dengan keadaan dialaminya sehebat itu.

"Selama ini, mereka tahu apa yang pernah saya buat seperti pendedahan yang dibuat sebelum ini, tapi mereka tidak menyangka masalah gangguan kesihatan mental ini sebenarnya serius.

"Saya sendiri pun terkejut apabila doktor mengesahkan saya mengalami masalah gangguan bipolar dan pemikiran saya berada dalam keadaan tidak seimbang ketika itu. Ia bukan sakit seperti demam yang cepat kita boleh sedar dan tahu," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: