13 June 2021

AMENG SPRING BUAT LAPORAN POLIS, BENGANG DITUDUH MASIH LAGI HISAP DADAH



Menerusi muat naik di laman Instagram, penyanyi kumpulan Spring iaitu Ameng meluahkan rasa bengang dengan tindakan beberapa individu yang telah meninggalkan komen-komen jahat sewaktu dia membuat persembahan di platform Facebook Live, AVOL Legend Artiste.

Jelas Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin bin Wan Ismail, individu berkenaan dikatakan secara terbuka telah memfitnah dan menuduhnya masih lagi tidak dapat meninggalkan najis dadah.

Lantaran itu, penyanyi berusia 52 tahun itu telah tampil dengan kenyataan balas bagi mempertahankan dirinya mengenai tuduhan tersebut di Instagram miliknya.

"Terlebih dahulu saya ingin minta maaf sekiranya perkataan saya ini mengganggu sesetengah pihak. Namun begitu, ketika membuat persembahan di Facebook live Avol, ada yang komen negatif yang mengatakan saya ni masih hisap dadah. Rasanya orang-orang yang berfikiran negative dan bersangka buruk pada orang ni, saya rasa elok dia pergi mati jelah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Sampai Hati' ini turut berharap agar pemikiran seperti ini dapat dielakkan kerana sebagai manusia kita memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

"Dan saya juga akan periksa, mungkin dia sebenarnya yang hisap dadah. Kalau begitu saya rasa bolehlah saya buat laporan polis. Kita check sendiri urine dia. Jadi, berhati-hatilah.

"Maafkan saya sekiranya kata-kata saya agak kasar namun saya harap kepada mereka yang berfikiran negatif, satu jari tunjuk dekat orang empat hari lagi tunjuk pada kita," jelasnya lagi.



Sehubungan itu, demi menjaga nama baik diri serta kerjayanya, Ameng telah pun membuat satu laporan polis agar tindakan selanjutnya dapat diambil kepada mereka yang meninggalkan komen-komen jahat tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Ameng selain turut berharap agar individu-individu tersebut mendapat hukuman yang setimpal.

"MasyaAllah Abang Ameng dah lama tinggal semua tu. Sekarang Abang Ameng dah ketagih Al-Quran. Di mana-mana pun, Al-Quran teman beliau. - "Jangan layan manusia negative dan busuk hati tu. Pedulikan. Peminat-peninat abang akan terus support dan sayang Abang.

"Tak mengapa bang. Kuat semangat. Terus maju jaya bang. - "Sabarlah ya Abang Ameng. Manusia busuk hati ni tak boleh layan sangat. Sakit jiwa nanti," antara komen-komen netizen di laman Instagram.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: