12 June 2021

USIA KANDUNGAN DIPERSOAL - INI JAWAPAN BALAS AYDA JEBAT



"Aku rasa mcm Ayda Jebat baru je kahwin tapi tiba-tiba ngandung dah ke, sebenarnya dia dah lama kahwin aku je tak perasan?" soal pengguna Twitter dimana individu tersebut mempersoalkan mengenai usia kandungn penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ketika ini.

Ayda kini dilihat bahagia melayari bahtera perkahwinan disamping suami tercinta yang juga merupakan pengacara, Nabil Mahir. Malah, pasangan ini juga kini difahamkan sedang menghitung hari menunggu detik kelahiran cahaya mata sulung.

Jelas individu berkenaan, dia merasakan Ayda seperti baru sahaja berkahwin dan dia juga tidak menyangka bintang tersebut akan hamil secepat ini.

Menjawab persoalan tersebut, Ayda memaklumkan dia kini sudah pun berkahwin lebih daripada enam bulan manakala usia kandungannya pula baru sahaja mencecah lima bulan dua minggu. Dikesempatan itu juga, Ayda turut mencadangkan agar individu tersebut membuat pengiraannya semula dengan betul.

Klik untuk gambar besar



"Nikah 1.1.2021. Today 12nd June 2021, Now 5 months 2 weeks pregnant. ‘tiba-tiba ngandung’? Please do your calculation. Wkwkwk," balas Ayda.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Parah' ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan kepada mereka.

"Bila lambat kahwin 'Bila nak kahwin?'. Bila kahwin muda 'Dah gatal sangat ke?'. Bila pregnant cepat 'Eh tetiba pregnant? Betul ke pregnant, cepat eh?' Bila lambat dapat zuriat 'Bila nak pregnant?'. Syukur, cermin dan lalui kehidupan sendiri," ujarnya lagi.



Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen menyifatkan cahaya mata merupakan rezeki yang telah pun ditetapkan oleh Allah SWT.

"Congrats! Itu bukan tetiba mengandung itu rezeki. Ada orang kata bunting pelamin. Not possible, ada orang lagi awal. Ahak, love u Ayda. - "Betul tu Kak Ayda, and for girls, kira kandungan start from 1st day last period kita ye. - "Netizen ni mengalahkan makcik bawang ergh," antara komen-komen netizen di Twitter.

Untuk makluman, Ayda dan Nabil telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Januari 2021 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: