04 June 2021

WAJAH TERKINI ZAELYNN ROSA, ANAK KEEMPAT EIZLAN YUSOF



Pada 13 April lalu, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 50, dan isterinya, Datin Seri Natasha Rosa Boudville, 30, telah pun selamat menimang cahaya mata pertama mereka di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

Apa yang lebih menarik, kelahiran anak Eizlan dan isteri menjadi kenangan manis buat pasangan ini apabila ia disambut ketika bermula Ramadan pertama. Pelakon filem 'Town Mall' ini memberitahu dia mengenakan baju yang sama semasa menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.

Pasti ramai yang ingin melihat wajah terkini anak perempuan pasangan ini yang diberi nama 'Zaelynn Rosa'. Menerusi laman Instagram, pasangan ini telah memuatnaik gambar terkini puteri mereka. Melihat pada gambar yang dikongsikan, siapa yang tidak geram dengan wajah comel baby Eizlan dan isterinya yang semakin membesar ni.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Zaelynn Rosa merupakan anak keempat Eizlan, tiga daripadanya hasil perkahwinan sebelum ini dengan Vie Shantie Khan iaitu Vie Zaara, 13, Zareef Yusof, 11, dan Vie Zaalia, 8 tahun.

Manakala bagi Natasha pula, ini merupakan anak sulungnya. Eizlan mendirikan rumah tangga dengan Natasha di Putrajaya pada 12 Disember 2019.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: