14 July 2021

BERSYUKUR DIBERI REZEKI - NORKHIRIAH HARAP SUAMI DAPAT URUS JENAZAHNYA



Menerusi laman Instagram, pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie memuat naik hantaran terbaharunya yang menunjukkan suaminya, Azfaizul Ahtan sedang mengebumikan jenazah di satu kawasan tanah perkuburan.

Dalam hantaran itu, Noorkhiriah meluahkan rasa syukur kerana Allah memberikan rezeki dalam bentuk berbeza buat suaminya, yang kini aktif melakukan kerja-kerja pengurusan jenazah secara percuma.

"Harap, dapatlah suami saya buat begini, dia tutup rumah (liang lahad) saya, bawa saya. Lama-lama, memang dah tak ada rasa nak marah atau apabila tengok kes, sampai dah tak ada rasa. Cuma, rasa pelik. Dari mana datangnya minat suami saya untuk buat semua ini.

"Saya tabik. Itulah Allah punya kuasa. Waktu tengah sesak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, tak tahu dari mana datang rezeki, 'kerok' duit Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tukar dari kereta kepada van jenazah. Dan tak tahu, bagaimana boleh terfikir nak buat semua ini," tulisnya di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar



Noorkhiriah yang popular menerusi drama 'Nur', turut menganggap apa yang berlaku adalah hikmah daripada kewujudan pandemik Covid-19 ini. Dalam hantaran sama, Noorkhiriah juga mengucapkan syukur selepas dapat berkhidmat selama setahun kepada masyarakat menerusi Pertubuhan Amal Nur by Khiriah yang dikelolakannya.

"Hikmah kena kurung untuk diri saya, bersuka ria itu macam dah kurang. Nak kerja tak boleh. Nak ke mana tak boleh. Ibarat menunggu hari untuk mati bila-bila masa. Jika saya 'jalan' (meninggal dunia) dulu, harapnya dapatlah suami saya buat begini (uruskan jenazah dan kebumikan)," tulisnya.

"Setahun Pertubuhan Amal Nur by Khiriah berkhidmat untuk semua yang memerlukan, tak kira pakai kancil mahupun BMW, semua kami bantu secara percuma. Yang saya perlukan dari anda semua adalah doa dipermudahkan untuk pasukan saya bagi membantu mereka yang memerlukan.

"Jangan tanya bayaran. Tak payah. Memang Allah aturkan semua ini untuk kalian semua. Pertubuhan Amal Nur by Khiriah jalankan saja amanah dari Allah ini," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: