14 July 2021

SELAMAT DIKEBUMIKAN: "EBIT JANGAN RISAUKAN BAPAK YER, TERUSKAN KERJA BANTU & DAKWAH"



"Ya Allah. Rindunya. Sangat rindu. Pesan akhirnya buat saya "Ebit jangan risaukan bapak yer, teruskan kerja bantu orang lain yer. Teruskan dakwah dan buat baik. Bapak kerja kuat setiap hari. Tak pernah nak apa-apa. Tak nikmati dunia ni pun. Semuanya diberi pada orang lain. Suka memberi. Setiap hari merindui arwah mak.. Maafkan ebit tiada saat akhir bapak tadi.

"Ya Allah ampuni dan redhalah atasnya. Hadiahkan syurga Firdaus buatnya. Jadikanlah ini semua asbab kebaikan dan hidayah seluruh alam. InsyaAllah nanti kita jumpa dan bersama semula disana," tulis pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang berkongsikan video pengebumian bapanya Allahyarham Haji Ibrahim Lew Abdullah yang dilakukan di Muadzam Shah, Pahang.

Ebit sebelum ini memaklumkan khabar duka ayahanda tersayang telah pun pergi menghadap Ilahi. Berita tersebut ternyata merupakan khabar duka buat rakyat Malaysia juga.

Klik untuk gambar besar



Menerusi posting berkenaan, Ebit sempat berkongsikan pesanan yang pernah diberikan oleh bapanya supaya tidak perlu risaukan mengenai keadaannya dirinya dan teruskan membuat kebaikan.

Ebit turut berkata arwah bapanya seorang yang sangat kuat bekerja namun tidak pernah mahukan apa-apa sebaliknya lebih suka memberi kepada orang lain.

Lebih sebak, Ebit berkata setiap hari bapanya rindukan arwah ibunya serta memohon maaf tiada disisi di saat akhir arwah bapanya. Perkongsian Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan arwah bapanya ditempatkan bersama orang yang beriman.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: