14 July 2021

POSITIF COVID-19 - IRWANSYAH KUARANTIN DI BILIK ANAK



"Saya disahkan positif, tapi Alhamdulillah masih dapat dikawal. Saya terpaksa berpisah sementara waktu dengan isteri dan anak. Kami berkomunikasi menerusi panggilan video," demikian umum penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Irwansyah yang memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19.

Berita duka itu dikongsikan menerusi perkongsian video di saluran YouTube milikinya, The Sungkars Family baru-baru ini. Irwansyah berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang gejala kronik akibat jangkitan berkenaan.

Menurut Irwansyah, dia kini menjalani kuarintin di bilik anaknya, Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan pada 30 Mac lalu. Difahamkan Irwan menerima jangkitan berkenaan daripada adiknya. Sementara itu, isteri Irwan iaitu Zaskia Sungkar disahkan negatif wabak itu.

Klik untuk gambar besar



"Saya rasa bersyukur kerana tidak dijangkiti. Bimbang kalau saya juga positif, siapa yang akan jaga Ukkasya nanti," ujarn isteri Irwansyah.

Irwansyah menjalani perintah berkurung kendiri selama dua minggu tanpa meninggalkan kediaman: "Kita sudah dua minggu lebih tak keluar rumah sebab penuhi waktu terluang buat log (vlog) sampai habis idea," tambahnya.

Pada 8 Julai lalu, ayah kepada Irwansyah iaitu Umar Efendi meninggal dunia akibat viris tersebut. Sebelum ini, beberapa selebriti dari negara seberang itu juga disahkan positif Covid-19 antaranya Bunga Citra Lestari (BCL), Ashanty, Rossa dan Afgan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: