14 July 2021

PELAKON WANITA TUDUH SELFISH, EVIL - ADIK BENJY TAMPIL BERSUARA



"How can you say your brother yet he had to seek other to help for medical bills? Pakaian arwah tak tukar dua tahun. Hati jenis apa you orang miliki dengan membiarkan seorang abang sakit dalam penjara.

"Saya sedih amat sangat, terkilan tak dapat bantu arwah... Too bad he didn't reach to me, or I would make sure he finishes his sentence and back to Malaysia to do us proud. He is one of best actor ever.

"If your mother knew this, she would feel so damn sad. Tak malu ke tak ada hati perut ke NO humanity ke sampai abang nak bayar medical bills RM500 saja tak mahu tolong? Selfish.. Evil," tulis seorang pelakon Wanita tersebut.

Enggan berdiam diri, adik kepada arwah Benjy Ibrahim iaitu Inessa Irdayanty telah meluahkan rasa terkilan apabila menerima beberapa kiriman mesej yang dibuat oleh seorang pelakon wanita yang menuduh perkara yang tidak sepatutnya terhadap keluarganya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Inessa, pelakon wanita tersebut menghantar mesej peribadi itu menerusi akaun Instagramnya yang menuduh dia dan keluarganya seakan-akan tidak mengendahkan Benjy ketika arwah berada di dalam penjara.

Kerana terkesan dengan kata-kata yang diberikan oleh individu tersebut, Inessa tampil bersuara dengan memaklumkan dia sendiri berhempas pulas untuk bantu meringankan beban arwah abangnya termasuk menyara keluarga.

"Kau tahu ke berapa banyak kakak aku kasi kat Ben tiap-tiap bulan? Kau tahu tak how kakak aku juggled 3-5, sometimes SEVEN jobs at one time!! sampai masuk hospital banyak kali sampai doktor yang beri arahan suruh dia berhenti kerja.



"Dia bagai NAK MATI cari duit nak hantar dekat abang aku? Kau tahu ke berapa kali kakak aku NAK BUNUH DIRI sebab tak tahan pressure jaga abang aku?" katanya.

Dalam masa sama, Inessa turut memberitahu dia sudah beberapa kali menangguhkan majlis perkahwinannya kerana mempunyai masalah kewangan.

"SEMBILAN TAHUN aku simpan duit jadi kosong, simpan kosong, simpan kosong, sebab tolong keluarga aku. Sampaikan last-last aku kahwin nikah COVID-19 je tahun lepas," ujarnya lagi.

Sedia maklum, arwah Benjy Ibrahim telah meninggal dunia Ahad lalu di Hospital Besar Royal Prima Medan, Indonesia atas akibat penyakit asmanya yang kronik.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: