14 July 2021

RISTEENA BANGGA SUAMI TERUS MENGAJI, TAK TIDUR LEPAS SUBUH



"Saat ramai masih tidur sesudah subuh, suami saya pilih untuk mengaji Al-quran sambil video call dengan ustaz untuk pastikan bacaan yang dibaca itu betul. Semangat bangun seawal pagi untuk solat tahajud dan solat sunat sehingga subuh dan terus mengaji. Nak kumpul pahala di bulan Zulhijjah ni katanya. Puasa tak nak tinggal 10 hari.

"Ini lah suami saya. So proud to share this because I'm blessed to have you as my husband." demikianlah kata pelakon Risteena Munim yang memuat naik video memaparkan suaminya, pelakon Isa Khan sedang mengaji Al-Quran secara atas talian sejak awal pagi lagi.

Hampir empat bulan mendirikan rumah tangga, pastinya pasangan ini menjalani mahligai perkahwinan penuh bahagia. Lebih bahagia, baru-baru Risteena berkongsikan video menzahirkan rasa bangga dengan kesungguhan suaminya melakukan ibadah sepanjang 10 hari pertama Zulhijah bagi merebut ganjaran pahala.

Malah, Risteena berkata suaminya juga bersemangat untuk bangun awal pagi menunaikan solat tahajud sebelum Subuh serta berpuasa sunat. Perkongsian Risteena mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar terus istiqamah. Netizen turut mendoakan rumah tangga Risteena dan Isa bahagia hingga ke syurga.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: