30 July 2021

"SAKIT DADA, DEMAM, BATUK SEMUA CUKUP... CIRIT CIRIT" - ASHIRA POSITIF COVID-19



"Baru tadi ke klinik check. Saya tak sihat dah empat hari dan disahkan positif Covid-19," itulah kata penyanyi dan bekas peserta Gegar Vaganza 7 (GV7), Ashira yang memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 pada Rabu, selepas empat hari berasa tidak sedap badan dan mengalami demam.

Ashira atau nama sebenarnya Sharifa Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 36, berkata, dia baru sahaja dimaklumkan tentang perkara itu petang Rabu selepas melakukan Kit Ujian Pantas (RTK) di Klinik Oasis Ara Damansara.

"Shira sekarang tunggu KKM call. Memang rasa sesak nafas sebab hidung blocking. Sakit dada, demam, batuk semua cukup, tadi kena pula cirit-birit," jelasnya.

Bagaimanapun, Ashira berkata, dia tidak mengetahui punca jangkitan tersebut berikutan hanya berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kata Ashira, suaminya Badrul Izhan Yeop Abdullah ini juga sudah menjalani ujian calitan namun masih menunggu keputusan.

Klik untuk gambar besar



"Memang tak sangka positif sebab tak ke mana. Dalam rumah ni yang keluar masuk pun Bad je sebab dia selang sehari kena ke klinik tapi dia tak sakit.

"Result swab test Bad esok baru dapat sebab dia kena buat PCR, dia berisiko tinggi dan orang yang paling dekat dengan Shira. Anak dengan anak buah doktor cakap tunggu dua hari baru bawa mereka swab test sebab Shira baru empat hari tak sihat," ujarnya.

Untuk makluman, Ashira Aziz dan ahli kumpulan Indigo Bad berkahwin pada 11 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Ashira memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi,15, hasil perkahwinan terdahulu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: