01 July 2021

"SAYA AKAN BERJUANG HABIS-HABISAN..." - ZARINA ANJOULIE MAHU SAMAN POLIS WANITA



"Selepas siasatan saya akan mengambil tindakan untuk menyamannya," itulah kata pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie yang bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang anggota polis wanita. Zarina berkata, dia sudah membuat laporan terhadap anggota polis itu malam tadi.

"Buat masa ini saya tidak akan dedahkan identitinya, tetapi kalau di mahkamah nanti semua orang akan tahu siapa. Saya akan berjuang habis-habisan mengenai isu ni. Memandangkan dia nak 'viral', nak 'glamour' saya akan kasi dia 'viral' dan 'glamour' yang dia idamkan. Perang bermula," tulisnya lagi dalam satu hantaran di laman Instagram.

Menerusi hantaran lain di laman Instagram, Zarina turut mendakwa dia mempunyai bukti kukuh untuk menyabitkan anggota itu dengan salah laku yang dibuat.

Klik untuk gambar besar



"Di manakah integriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan menerima nasib yang sama seperti saya?

"Saya tak akan berdiam diri. Saya akan tularkan habis-habisan sampai saya dapat keadilan yang dirasakan berhak. Saya ada bukti kukuh," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman dalam satu kenyataan di media mengesahkan laporan diterima kira-kira jam 12 tengah malam tadi: "Kami akan menjalankan siasatan terhadap aduan yang dibuat," jelasnya.


Terdahulu, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul dikaitkan dengan penahanan seorang selebriti wanita yang disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai, Negeri Sembilan.

Menerusi laporan, selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine. Suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: