04 July 2021

TINGGALKAN KONDO MEWAH - NIENA BAHARUN SELESA DUDUK BERSAMA MENTUA



"Selepas kahwin saya tinggal di rumah mentua, kebetulan masa tu tengah tunggu rumah sendiri selesai proses renovasi. Dalam masa sama juga saya pregnant anak pertama. Maka kami pun tinggal la di rumah in law sampai selesai proses bersalin anak pertama pada Oktober 2019.

"Tapi sebenarnya rumah kami dengan mentua tak jauh pun, jarak sekitar 5 kilometer je. Tu pun kadang-kadang kami on off balik sana. So masa anak pertama berumur empat ke lima bulan pada tahun 2019 kami pindah rumah ke sendiri.

"Nak jadi kan cerita, tiba-tiba Covid-19 muncul sekitar awal tahun 202 maka kami ambil keputusan untuk kembali tinggal bersama mentua. Mereka ajak duduk sekali, memudahkan sekiranya ada apa-apa yang berlaku.

"Sebab masa tu sudah ada ura-ura nak PKP, tak tahu lagi situasi tu macam mana," demikian kata pelakon Datin Niena Baharun yang mengakui dia lebih selesa tinggal bersama mentua sejak selepas berkahwin pada 2018.

Klik untuk gambar besar



Niena nampaknya tidak seperti pasangan lain yang berkahwin tentunya mengimpikan untuk hidup berdikari tanpa campur tangan keluarga kedua-dua belah pihak.

Cerita Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun, 28, sungguhpun memiliki kediaman sendiri bersama suami, namun hidup bersama mentua lebih menggembirakan.

Terdahulu Niena berkongsi pengalamannya tinggal di rumah mentua sehingga kini dia mempunyai dua cahaya mata bagi menjawab pertanyaan peminat di laman Instagram.


Menurut Niena lagi, antara faktor dia terus tinggal bersama mentua adalah bagi menghormati permintaan mereka yang risau tentang perkembangan tumbesaran anak-anaknya. Tambah Niena tinggal bersama keluarga mentua juga dapat mengelak daripada tekanan.

"Rumah kami jenis kondo manakala rumah mentua adalah landed house. Faham je la apabila duduk rumah bertingkat tinggi ni rasa macam terkurung sikit tambahan pula ada anak yang tengah nak membesar ni.

"Rasa kasihan dekat anak-anak sebab tak boleh bebas sangat. Kalau duduk rumah landed sekurang-kurangnya mereka boleh buat macam-macam aktiviti dan kenal dunia luar. Tak ada la sampai stress. Apabila dah terbiasa duduk ramai-ramai, kemudian pindah duduk empat beranak je bosan la juga," ujarnya lagi.

Untuk makluman, Niena berkahwin dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra Kota Bahru, Kelantan. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Adiel Mikael, 3, dan Alyssa Marissa, 2.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: