10 August 2021

"PUNCA ORANG KETIGA..." - BEKAS ISTERI AMAN RA LEGA SUDAH BERCERAI SETAHUN LALU



"Semuanya sudah selesai. Saya sangat excited sebab masalah ini berlarutan telampau lama. Kini boleh dikatakan saya rasa lebih baik daripada sebelum ni... terima dengan hati terbuka serta lebih tenang," itulah kata Natiqah Rahmat yang mengakui dia dan penyanyi rap, Aman Ra sudah bercerai setahun lalu.

Bekas isteri Aman Ra meluahkan rasa lega, tenang dan teruja selepas proses penceraian mereka yang tertangguh selama lebih setahun akhirnya selesai. Menurut Natiqah, 33, lafaz cerai secara taklik yang dibuat pada 29 Mac 2020 akhirnya disahkan mahkamah pada 5 Ogos lalu.

Bercerita tentang punca perpisahannya dengan penyanyi rap itu, Natiqah mendakwa rumah tangganya sudah tidak mampu diselamatkan selepas kehadiran orang ketika.

"Punca sebenar cerai adalah kerana orang ketiga sehingga menjadi melarat dan mendatangkan masalah. Kami try hard untuk cari jalan penyelesaian, tapi akhirnya nampak tak sehaluan. Masing-masing dah jadi orang berbeza, jadi jalan terbaik adalah bercerai," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun ibu kepada dua cahaya mata ini berkata fokusnya kini adalah untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik. Ujarnya, dia dan Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 34, akan mengenepikan ego masing-masing supaya penceraian mereka tidak memberi kesan kepada anak-anak.

"Anak di bawah jagaan saya, dia ada datang juga tengok anak. Saya tak ada masalah kalau dia nak jumpa anak-anak sebab kedua-duanya sedang membesar," ujar Natiqah yang dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa, 3 dan Tuah Khalifa yang kini berusia 2 tahun, hasil perkahwinannya dengan Aman Ra.

Tambah Natiqah dia juga sudah 'move on' daripada masalah yang berlaku dengan bekas suami demi membina kehidupan baharu yang lebih baik. Sementara itu usaha untuk mendapatkan kenyataan Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin tidak berhasil.

"Alhamdulillah hubungan kami okey, tak macam sebelum ni. Emosi pun dah okey... moving forward dan boleh uruskan secara matang. Sekarang secara perlahan-lahan nak bina semula kehidupan dan melakukan perkara baharu yang lebih positif. Kalau kita beri vibe positive, anak-anak pun akan positif sebab benda tu memupuk harmoni," tambahnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: