11 August 2021

SELEPAS SITI SARAH , ABANG ARWAH AHMAD FIRDAUS PULA ALAMI OKSIGEN RENDAH AKIBAT COVID



"Bila saya dapat tahu tahap oksigen dia, saya terus suruh pergi ke hospital. Saya dah jadi fobia.

"Abang ipar saya sekarang berada di Hospital Serdang. Ini hari kelapan dia kuarantin. Tahap oksigen dia drop tapi alhamdulillah stabil.

"Saya mohon orang ramai doakan kesembuhan dia. Tolong doakan abang ipar saya terus kuat," demikian mohon Shuib, 36, yang baru sahaja kehilangan isteri tercintanya Siti sarah. Shuib mendedahkan bahawa abang kepada arwah isterinya Siti Sarah iaitu Ahmad Firdaus Raissuddin telah dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor, gara-gara tahap oksigen yang rendah.



Katanya, tahap oksigen abang iparnya itu menurun... justeru dia memohon semula agar orang ramai mendoakan kesembuhan abang iparnya itu.

Maklumat itu telah dimaklumkan oleh Shuib selepas dia selesai membuat majlis tahlil buat arwah isterinya, semalam.

Terdahulu, Shuib turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila bakal bertemu dengan anak keempatnya, Ayash Affan buat kali pertama pada hari ini.

"Saya tak sabar nak jumpa, nak pegang dia.. tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih sebab ibu dia tak sempat jumpa dia.

"Dia (Siti Sarah) gadaikan nyawa dia untuk selamatkan anak kami," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Untuk imbasan, arwah Siti Sarah pada Jumaat melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, pada jam 5 petang.

Kemudian pada hari sama, paras oksigennya jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus. Namun entah bagaimana, pada malam Ahad Shuib memberitahu keadaan Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.

Siti Sarah akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Sumber: Facebook @AhmadFirdousRaissuddin

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: