28 September 2021

AL-FATIHAH - BAPA FAIZAL TAHIR & ASHRAF MUSLIM KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan kepada kedua-dua selebriti iaitu penyanyi Faizal Tahir dan pelakon Ashraf Muslim atas pemergian bapa mereka yang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Selasa. Berita berkenaan dikongsikan mereka menerusi laman Instagram masing-masing.

Menerusi maklumat yang dikongsikan dalam kalangan warga kariah Surau al-Muqarrabin Puncak Alam, bapa Faizal iaitu Dr Mohd Tahir Abdul Rahman meninggal dunia pada usia 71 tahun kira-kira pukul 3.40 pagi akibat sakit jantung.

Jenazah Allahyarham diuruskan di Masjid Puncak Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam, Selangor. Allahyarham merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya dan seorang aktivis badan NGO, Aqsa Syarif.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, selepas lapan hari kritikal akibat Covid-19, bapa kepada Ashraf iaitu Muslim Bulat disahkan meninggal dunia pada pukul 6.17 pagi, Selasa.

"Assalamualaikum semua, hari ini hari yang paling sedih... ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang. Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami.

"Saya sebagai anak yang sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup. Kalau ada hutang-hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya.



"InsyaAllah, sama-sama kita doakan semoga ayah ditempatkan di tempat yang special di alam barunya bersama mereka yang beriman... InsyaAllah," katanya.

Sebelum ini, Ashraf memaklumkan bapanya dimasukkan ke unit rawatan separa kritikal (IDCU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan Covid-19.

Menurut Ashraf, keadaan kesihatan bapanya dilaporkan kritikal kerana terdapat kerosakan pada organ dalaman sehingga memerlukan bantuan pernafasan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: