28 September 2021

REDA SUAMI SENYAP-SENYAP DUA DOS - ELLIE BERHENTIKAN ANAK SEKOLAH JIKA TERUS DIPAKSA CUCUK



"Azri dah vaksin, dah dua dos. Dia buat tu pun tak cakap dengan saya. Pada saya... saya pun tak nak bergaduh kerana itu pilihan dia. Tak apa la, tak ada bergaduh kat rumah," itulah kata pelakon Ellie Suriaty Omar, 51, yang sebelum ini lantang menolak vaksin, terpaksa akur dengan tindakan suaminya, pelakon Azri Iskandar.

Umum mengetahui pasangan ini enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas faktor keselamatan. Namun demi tuntutan kerja, Azri, 53, rupa-rupanya sudah lengkap vaksinasi tanpa pengetahuan Ellie yang juga seorang pengarah terkenal. Sebelum ini, selain Ellie dan Azri, dua anak mereka yang berusia 17 dan 12 tahun turut enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan.

Mengulas lanjut tentang tindakan Azri, Ellie berkata dia rasional berkaitan hal itu kerana suaminya perlu keluar bekerja mencari nafkah untuk mereka sekeluarga. Tambahan pula sebagai pelakon, mereka perlu memenuhi syarat lengkap dua dos vaksin sebelum dibenarkan terlibat dalam mana-mana produksi.

Klik untuk gambar besar



"Dia tak happy dengan perkara ni (vaksin). Tapi sebab dia ketua keluarga, kena cari nafkah. Sebab itu dia buat ni diam-diam tanpa beritahu saya... tahu-tahu je dah dua vaksin. Jika dia jatuh sakit saya akan jaga dia sebab dia suami saya dan teruskan makan makanan sunnah. Saya tak mahu keluarga jadi berpecah sebab keputusan ni," ujarnya.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang keputusan kerajaan yang belum berhasrat melarang pelajar enggan divaksin daripada masuk ke sekolah untuk belajar secara bersemuka, Ellie berkata dia masih skeptikal tentang hal berkenaan.


"Mula-mula mereka kata memang tak ada paksaan untuk ambil vaksin, tapi akan kaunseling ibu bapa. Jadi ini persepsi kerajaan mengatakan ibu bapa yang memberi tekanan kepada anak-anak untuk tidak divaksin. Seolah-olah kita dituduh tidak menjaga kesihatan anak-anak. Anak-anak belong to their parents not belong to the government. Pada saya itu statement yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.

Katanya lagi, sekiranya kerajaan masih enggan menghormati keputusan mereka, dia tidak teragak-agak untuk berhenti menghantar anak-anaknya ke sekolah.

"Walaupun dipanggil untuk kaunseling I would still say no. Harap kerajaan hormati keputusan ibu bapa. Anak-anak mengadu kawan-kawan pulaukan mereka, tapi tak apa la kena pulau... tak ada la sampai nak bermusuh, its ok. Tapi I have to choose berhentikan anak sekolah, not going to school. Diskriminasi ni sangat buruk untuk mental," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: