28 September 2021

DISERANG ANGIN AHMAR - ZYDEE ONE NATION EMCEES KINI MAKIN PULIH



"Alhamdulillah, Zydee sudah menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Saya baru saja menghubungi ibunya dan dia memaklumkan dihubungi Zydee dengan bantuan jururawat.

"Bagaimanapun, percakapannya masih lagi kurang jelas," ujar anggota One Nation Emcees, Kozae Murtaza ketika dihubungi yang memaklumkan ingatan ahli kumpulannya, Idris, 40, juga semakin menunjukkan perkembangan positif berbanding beberapa hari lalu.

Zydee yang sebelum ini kritikal akibat diserang angin ahmar kini sudah boleh bercakap dan menghubungi ibunya. Kozae berkata, dia akan menziarahi sahabatnya itu sekiranya diberi keizinan.

Klik untuk gambar besar



"Insya-Allah, saya rancang untuk menziarahi dan melihat keadaannya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua peminat dan rakan-rakan media yang mendoakan kesihatan Zydee," katanya.

Terdahulu, Zydee dilaporkan mengadu sakit di bahagian kepala ketika makan malam bersama rakannya dan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Di hospital, dia dimaklumkan mengenai penyakit darah tingginya dan tidak lama selepas itu, dia diserang angin ahmar.

Kozae juga memaklumkan bahawa Zydee sebelum ini mempunyai sejarah penyakit asma yang kronik. Zydee kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: