28 September 2021

TINDAKAN SEMBUR MAKANAN TERIMA TEGURAN - INI JAWAB PUTRA AMARIS



Pelakon Putra Amaris baru-baru ini menerusi laman Instagram telah berkongsi beberapa rakaman video yang menunjukkan dia menggunakan spray gun untuk menyembur makanan sebelum menjamunya.

Bagaimanapun, tindakan Amaris itu dikecam pengguna laman sosial dimana rata-ratanya mempersoalkan keselamatan penggunaan semburan sanitizer ke atas makanan yang dimakan. Malah ada juga yang mempersoalkan keperluan semburan itu ke atas makanan.

"Perlu ke sembur kat makanan…ada virus ke kat makanan tu..." - "Chemical tu brother" - "Bahaya ni. Walaupun pun kata dah certified. This is not a good practice . Better Stop doing this," tegur beberapa netizen.

Klik untuk gambar besar



Pun begitu, Amaris tidak pula menjelaskan tindakannya berbuat demikian dalam kapsyen entri yang dimuat naik, namun dia menjawab pertanyaan salah seorang netizen. Netizen tersebut bertanyakan sama ada boleh atau tidak makanan disembur dengan spray gun, Amaris menjawab, "boleh".

Difahamkan dalam satu komen dari wakil jenama spray gun itu memberitahu ia menggunakan bahan semula jadi dan tiada toxic: "100 peratus natural dan tidak berbahaya, non toxic dan food grade certified," maklum mereka.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: