"Saya kalau bekerja di lokasi okey saja, tidaklah berasa sakit sangat. Namun, jika di rumah tidak bekerja memang akan jadi terlalu sakit. Apapun, saya tetap bersyukur masih boleh bekerja lagi.
"Cuma, untuk tahan segala kesakitan dirasai saya sekarang memang bergantung dengan pelbagai jenis ubat-ubatan daripada doktor. Kena makan ikut waktu, kalau tak ambil akan lebih sakit.
"Walaupun sakit, Insya-Allah saya masih boleh bekerja dan pihak produksi usah risau untuk memberikan tawaran. Saya cuma harus berhati-hati saja ketika melakonkan aksi terlalu lasak dan elak dari jatuh ke hadapan atau ke belakang, termasuk dari tempat tinggi.
Klik untuk gambar besar
"Untuk watak yang bukan aksi, saya okey saja untuk melakonkannya seperti biasa. Terus-terang, saya sangat sayangkan kerjaya lakonan ini dan sampai sekarang saya masih boleh berlakon dengan baik," ujar pelakon Datuk Aaron Aziz, 46, yang berkongsi dia kini bergantung dengan ubat-ubatan akibat penyakit saraf dihidapinya, namun masih lagi boleh aktif dalam kerjaya lakonan.
Aaron yang kini membintangi drama 'Gerak Khas Undercover' itu berkata dia tetap bersemangat kuat apabila bekerja, tetapi akan berhadapan kesakitan sewaktu berada di rumah.
Menurut Aaron, dia juga sebenarnya kurang selesa untuk membicarakan masalah kesihatan dialami itu kerana bimbang ada pihak produksi enggan mengambilnya berlakon selepas ini.
Sebelum ini, pelakon kelahiran Singapura itu pernah mendedahkan dia mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital.
Kali pertama Aaron berhadapan penyakit ini pada 2012 iaitu sebelum menjalani penggambaran program realiti sukan lasak, Fear Factor Malaysia.Begitupun, dia membuat keputusan tidak menjalani pembedahan seperti disarankan doktor.
Selain Aaron, drama 'Gerak Khas Undercover' terbitan Skop Production yang akan disiarkan TV3 mulai Jumaat ini, jam 10.30 malam membariskan pelakon lain seperti Erra Fazira, Datuk Rosyam Nor, Salina Saibi, Elizabeth Tan, Raja Afiq dan ramai lagi.
________________________
No comments:
Post a Comment