03 September 2021

BILA BAPA TERMENUNG RINDUKAN ARWAH SITI SARAH



Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu telah berkongsi mengenai bapa mentuanya, Raissuddin Hamzah yang kelihatan sedang duduk sendirian di luar balkoni kediamannya.

"Rindu seorang ayah," tulis Shuib sebagai keterangan terhadap video berkenaan.

Paling menyentuh perasaan, apabila bekas penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an ini memainkan lagu 'Kesetiaan' nyanyian anaknya, Allahyarham Siti Sarah di telefon bimbit.

Lagu yang dimuatkan dalam album pertama Allahyarham Siti Sarah pada 2002 ini membawa kenangan tersendiri apabila meledakkan namanya di persada industri nyanyian tanah air.

Klik untuk gambar besar



Kejayaan ini terhasil menerusi kerja keras Raissuddin yang sering membawa arwah Siti Sarah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sehinggalah diambil sebagai penyanyi rakaman sebelum mencipta populariti.

Arwah Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), jam 5.13 pagi 9 Ogos lalu akibat Covid-19.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: