06 September 2021

DISINDIR RENTAS NEGERI, BERKUMPUL DENGAN ANAK-ANAK - KHATY FAUZIAH TUNJUK BUKTI



"Saya sebenarnya tidak payah buktikan apa-apa di sini berkenaan dengan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada anda semua bertelagah sehingga melemparkan berbagai sindiran. Saya dan suami yang merentas negeri. Anak-anak semua tinggal di persekitaran daerah yang sama di Selangor. Sejak PKP kami juga macam anda, tak dapat berjumpa.

"Kalau anda memang ikhlas mengikuti perkembangan saya dan family, tentu anda tahu saya baru menjalani prosedur jantung tiga bulan yang lalu. Tentulah saya perlu ke IJN untuk buat susulan. Saya kena bermalam di rumah anak yang ada anak ramai. Untuk masuk ke rumahnya saya dan suami kena tunggu 15 minit baru dapat masuk setelah diswab dan sebagainya... ikut SOP," demikianlah kata pelakon Khaty Fauziah.

Khaty menerusi laman Instagram miliknya sebelum ini ada berkongsi gambar-gambar dia dan suaminya, Abdul Samad Jaaman bersama semua nak-anak mereka termasuklah pelakon Shahiezy Sam, menantu serta cucunya yang sudah beberapa bulan tidak bertemu. Bagaimanapun perkongsian tersebut mengundang rasa kurang senang netizen.

Klik untuk gambar besar



Menerima pelbagai kecaman gara-gara dianggap melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 1, Khaty, 64 yang kini menetap di Melaka mengakui terpaksa ke Selangor atas urusan kesihatannya.

Baru sahaja selesai menjalani prosedur jantung pada tiga bulan lalu, Khaty memberitahu dia hanya bermalam di rumah anaknya kerana perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.

Pemilik nama Fauziah Khatijah Musa ini tampil menjelaskan perkara tersebut dalam satu entri yang lain menerusi Instagram miliknya pada Isnin selepas menerima pelbagai kecaman.



Tidak cukup dengan penjelasan itu Khaty turut berkongsi rekod perubatan yang kelihatan tarikh temujanji di IJN pada hari ini (Isnin). Kesal dengan sikap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata tidak baik, Khaty turut memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tergores hati dengan perkongsian tersebut.

"Untuk pengetahuan anda semua, ketika saya buat prosedur jantung yang sangat serius masa tu anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu tidak langsung dapat melawat saya sehinggalah saya balik ke Melaka sebab kami patuh pada SOP. Anda dapat bayangkan tak kalaulah prosedur jantung saya gagal ketika itu?

"Saya dan keluarga saya langsung tidak dapat bersama atau berjumpa. Belajarlah menjaga hati dan perasaan orang, belajar berbahasa elok supaya bangsa kita dihormati. Saya dan keluarga juga hanya manusia biasa, kalau silap dan salah harap dimaafkan sahaja," ujarnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: