03 September 2021

ISU PANGGILAN 'SAYANG' - ZIZI AKUI SELESA DENGAN YUSUF, TAK NAK LETAK HARAPAN



Baru-baru ini, menerusi platform media sosial TikTok, seorang pengguna telah berkongsikan sebuah klip video yang diambil olehnya ketika kedua-dua selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sedang membuat live Instagram bersama.

Melalui perkongsiaan klip tersebut, kelihatan Yusuf berada di rumah ibunya bersembang bersama Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36.

"Saya kat rumah ibu ni sayang. Ehhh, nooo... Ibu sayang. Saya panggil ibu sayang," kata Yusuf sambil tersipu malu selepas secara tidak sengaja memanggil Zizi dengan gelaran 'sayang'.

Tindakan Yusuf telah mencuri perhatian dan menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen yang beranggapan mereka sedang bercinta. Rata-rata netizen menyukai dan merestui sekiranya aktor berusia 29 tahun itu benar-benar mempunyai hubungan cinta dengan Zizi.

Klik untuk gambar besar



Gembira melihat peminat teruja dengan kemesraan mereka, Zizi menjelaskan panggilan itu sekadar gurauan sahaja. Akui berasa selesa dengan Yusuf, penyanyi berusia 36 tahun ini bagaimanapun enggan meletakkan sebarang status dalam perhubungan mereka.

"Panggilan sayang itu saja-saja... bukanlah kami memang menggunakan panggilan itu. Tapi tak sangka la ramai peminat suka melihat kami berdua. Bila peminat suka, kami pun rasa happy. Sejujurnya, saya selesa dengan Yusuf. Dia seorang yang soft spoken dan baik.

"Saya tak nak letakkan sebarang status apabila melibatkan soal hubungan. Takut nanti letak harapan dan kecewa. Apa-apa pun, doa yang baik-baik," katanya.



Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Eh' ini mendedahkan dia mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together namun mula berkawan sejak dua bulan lalu menerusi laman Instagram. Hanya berhubung melalui telefon, penyanyi yang berasal dari Sabah ini tidak menolak sekiranya Yusuf adalah jodoh yang ditetapkan oleh Allah untuknya.

"Apa yang boleh saya kongsi, kami sedang berkawan baru saja sekitar dua bulan lalu. Kami kenal menerusi program All Together tapi ketika itu tak bertegur pun.

"Mula bertegur di IG masa Hari Raya Aidiladha lalu. Tapi sepanjang berkawan ini, kami tak pernah berjumpa pun. Hanya berhubung menerusi telefon sahaja. Soal jodoh ini, saya serah kepada Allah. Insya-Allah kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Tapi kalau tak ada, kami tetap kawan," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: