18 September 2021

KEJUTAN HARI LAHIR - SUAMI GEMBIRA ANZALNA NASIR KINI SUDAH BERTUDUNG



Pelakon Anzalna Nasir menerusi muat naik terkini di laman Instagram telah berkongsi satu video dimana dia bukan hanya membuat kejutan buat suami bahkan para peminat apabila mengesahkan drinya sudah bertudung.

Dalam video yang dikongsikan, Anzalna atau nama lengkapnya, Nur Anzalna Md. Nasir, 33, memberi kejutan tersebut bersempena hari ulang tahun suaminya, Muhamad Hanif Muhamad Zaki yang ke-33 (16 September).

"Semoga terus istiqomah. Selamat hari ulang tahun Hanif Zaki. Insya-Allah, sama-sama kita berdoa. Amin Ya Robbalalamin," tulis Zaki dalam ruangan komen entri yang dimuat naik Anzalna.

Kejutan dan perubahan positif Anzalna itu disambut baik dan menjemput respons positif orang ramai termasuk rakan-rakan selebriti: "Akan jadi satu perjalanan yang indah buat anda si cantik. Syukur Alhamdulillah," tulis Sherry Ibrahim.

Klik untuk gambar besar



Turut meninggalkan kata-kata semangat buat ibu kepada seorang cahaya mata itu dalam ruangan komen termasuk artis lain seperti Mira Filzah, Sherry Al-Hadad, Elvina Mohamad, Fasha Sandha dan ramai lagi.

Terdahulu, Anzalna turut memuat naik sekeping gambarnya lengkap berhijab dengan kapsyen bertulis: "Salam Jumaat".

Tahun ini sahaja, dunia hiburan tanah air diserikan dengan banyak kejutan perubahan mendadak ramai selebriti wanita tanah air yang mula bertudung. Antaranya, Izara Aishah, Mawar Rashid, Siti Elizad, Nana Mahazan dan Vicha Saywho.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif yang merupakan seorang usahawan pada 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia dua tahun.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: