06 October 2021

PU SYED: "BILA DIA (KAK KM) SENTAP DENGAN TEGURAN AMBE.. ITU TANDA MASIH ADA IMAN"



"Ambe tegur dia kata mengaibkan dia, dah selama ni dia dok mengaibkan diri sendiri dan keluarga dia perasan atau tak? Siapa yang mengaibkan siapa. Ambe menegur secara terbuka sebab dia buat dosa dan viralkan dosa secara terbuka.

"Bila dia sentap dengan teguran ambe.. itu tanda masih ada iman dlm diri.. berubahlah.. kerana nyawa ni bukan dalam kawalan kita.. sekejap je Allah boleh tarik," demikian kata pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menerusi muat naik di laman Instagram.

Susulan teguran PU Syed secara terbuka, usahawan Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM meluahkan rasa berang apabila pendakwah tersebut mengaitkan sentimen agama dengan perniagaannya serta mengatakan perniagaan yang dijalankan dengan cara berdosa serta rezeki dimiliki tidak berkat.

Klik untuk gambar besar



Tampil menjawab kenyataan balas Kak KM terhadap tegurannya, PU Syed berkata dia memberi teguran secara terbuka kerana dosa dibuat juga secara terbuka.

Kata PU Syed lagi, dia tidak memerlukan penghormatan daripada usahawan itu. Cukuplah Allah SWT menyaksikan bahawa antara salah dan benar itu adalah nyata.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: