22 October 2021

SATU-SATUNYA ANAK PEREMPUAN SHUIB & ARWAH SITI SARAH - TALITA WARISI SIFAT IBU



"Satu-satunya anak perempuan ibu dan daddy. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Sangat-sangat mengambil berat tentang keluarga. Banyak sifat ibu yang ada pada Talita," tulis pengenali akaun Instagram Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Dzahira Talita Zahra yang merupakan satu-satunya anak perempuan pelawak Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah itu dikatakan banyak mewarisi sifat ibunya.

Ini kerana Talita atau lebih mesra dengan panggilan Dekta banyak membantu menguruskan keluarga. Walaupun baru berusia lapan tahun, Dekta seolah-olah memahami tanggungjawab sebagai seorang kakak yang dipukulnya.

Sebelum ini juga, Shuib pernah berkongsi Talita juga turut membantu menjaga anak bongsunya, Ayash Affan sejak zuriat terakhir arwah Siti Sarah itu dibawa pulang ke rumah selepas sebulan berada dalam pemantauan pihak hospital.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: