11 November 2021

SELALU TARBIAH APRENA, OKTOVIA - IWAN BERSYUKUR DUA ANAK PEREMPUANNYA KINI BERHIJAB



"Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini jangan berterusan kamu kena berubah. Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia bagitahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah bagus. Tapi untuk mengubah mereka bukan saya tapi Allah.

"Saya sebagai bapa hanya nasihatkan mereka untuk berubah," kata penyanyi dangdut Iwan Syahman yang meluahkan rasa syukur dua anak perempuannya iaitu pelakon Aprena dan Oktovia Manrose kini sudah berhijab.

Tidak pernah memaksa dua anaknya itu untuk berhijab, Iwan berkata dia hanya terus menasihati mereka agar berubah ke arah lebih baik. Meskipun sudah berkahwin dan mempunyai keluarga lain, Iwan berkata dia tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya.

"Saya tidak akan putuskan hubungan dengan mereka. Saya hanya berdoa kepada Allah. Macam Oktovia ada minta doakan dia istiqamah untuk terus berhijab," ujarnya yang akan terus mendoakan dan memimpin anak-anak itu ke jalan Allah.

Klik untuk gambar besar



Bercerita lanjut tentang perjalanan hijrahnya, Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus, 60, kini banyak mengubah lagu dangdut yang pernah dipopularknya kepada lirik Islamik. Katanya, dia juga memberitahu tidak akan menyanyikan lagu-lagu hitnya dahulu walaupun atas permintaan peminat.

"Saya keluarkan lagu-lagu yang sudah tukar liriknya. Kalau ada yang minta saya nyanyikan lagu dulu-dulu... minta maaf saya tidak akan menyanyikannya lagi. Sebab dulu saya tak faham, saya rasa menyesal, kesalahan saya dulu Allah bukakan. Saya hidup dalam lautan tidak bertepian, ini perjalanan hidup saya." jelasnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: