Bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Raeiz Hamed sebelum ini memuat naik video di media sosial dengan menuduh penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice, 33, menyindir pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di bawah naungan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), berhubung isu bantuan banjir
Tuduhan Raeiz itu dibuat berdasarkan tindakan Caprice berkongsi beberapa keping foto aset pasukan keselamatan termasuk ATM, Bomba serta PDRM dipercayai sewaktu perarakan sambutan Hari Kebangsaan sebelum pandemik menyerang dunia. Bersama posting berkenaan Caprice menulis dia rindukan suasana sambutan hari kemerdekaan hingga menimbulkan pelbagai tafsiran negatif ketika negara berdepan musibah banjir.
Bagaimanapun, Raeiz yang enggan memanjangkan kontroversi itu akhirnya tampil bersemuka dengan Caprice bagi menyelesaikan salah faham antara mereka. Malah Raeiz turut mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Caprice atas tuduhannya itu. Video permohonan maaf itu dikongsikan Caprice di laman Instagram miliknya.
Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah saudara Raeiz bekas TUDM terima jemputan untuk berdepan hari ni tentang isu askar, bomba, polis, APM, dan YDP Agong. Pihak saya terima permohon maaf dan kita pun minta maaf kalau ada yang terasa dengan posting tentang merdeka dan aset negara. Posting tersebut dan soalan tentang aset adalah isu yang sangat serius dengan situasi sekarang.
"Tiada unsur kutuk atau nak jatuhkan pasukan, cuma kita nak sangat tahu... mana semua aset yang hebat itu? InsyaAllah, kami sentiasa bekerjasama dengan pihak polis, bomba, askar, dan APM untuk bantu mangsa-mangsa banjir," katanya.
Sementara itu, Raeiz berkata dia sememangnya tersinggung dengan perkongsian Caprice itu namun mengakui tersalah tafsir hingga mendakwa selebriti itu cuba menentang pasukan keselamatan.
"Setelah mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak dari hati ke hati, saya nak menjelaskan bahawa Caprice tak ada menentang mana-mana pihak. Mungkin ada orang yang salah faham anggap nampak ini macam personal attack. Saya mengaku terasa dengan posting tersebut dan menganggap ia sebagai satu sindiran.
"Mungkin approach untuk highlight benda ini agak keterlaluan, tetapi saya dah terangkan kepada Caprice tentang apa yang ingin disampaikan dan meminta maaf. Saya dan Caprice pun tak nak memanjangkan perkara ini kerana kita semua mempunyai misi dan niat yang sama. Jadi selepas ini kita fikir bagaimana untuk permudahkan usaha orang lain," jelas Raeiz.
________________________
No comments:
Post a Comment