10 December 2021

TULAR BERITA MENINGGA DUNIA - ITO BLUE GANG NAFI DIRINYA, TAPI ITO LAIN



Baru-baru ini, tular sebuah khabar angin mengatakan penyanyi Blues Gang, Ito Mohd, 70, meninggal dunia. Ito ketika dihubungi menafikan individu yang meninggal itu adalah dirinya, sebaliknya Ito lain yang tinggal di Durian Tunggal, Melaka.

Ito atau nama sebenarnya Mohd Arif Kendut berkata, kejadian itu tidak disengajakan apabila terdapat individu yang memiliki nama sama sepertinya.

"Ito lain yang meninggal dunia, bukan saya. Arwah juga dikenali ramai dengan panggilan Ito. Mukanya pun iras-iras saya. Jadi apabila keluar berita ini, orang ingat saya yang meninggal dunia. Saya pun tak pernah jumpa arwah, tapi memang dah lama tahu mengenai dia," jelas Ito kepada Harian Metro.

Tambah Ito, dia menerima banyak panggilan telefon dan mesej WhatsApp daripada pelbagai pihak semalam bertanyakan kesahihan perkara itu. Berita itu tersebar meluas menerusi media sosial sejak semalam sehingga membuatkan Ito membuat kenyataan menerusi Facebook.

"Apabila tular kata Ito Blues Gang meninggal, ia terus jadi heboh. Saya tak marahkan mana-mana pihak kerana ini hanya salah faham," ujarnya.

Menurutnya, dia tiada apa-apa masalah berkenaan perkara ini dan memilih untuk membuat penafian menerusi media sosial.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: