25 January 2022

ANUAR ZAIN TIADA PERANCANGAN BERDUET DENGAN SESIAPA: "ZIANA ZAIN PUN SUSAH NAK DIPADANKAN"



"Buat masa ini tidak ada perancangan ke arah itu (berduet dengan penyanyi baru). Kalau bercakap soal lagu duet, buat masa sekarang saya nak sendiri saja. Memang ramai yang bekerjasama, tapi masing-masing ada cita rasa dan alasan.

"Kalau nak berduet, saya kena kenal betul-betul dan yang selesa untuk bekerjasama. Dengan kakak saya, Ziana Zain pun susah nak dipadankan. Sebab itu tak boleh rakam lagu sampai sekarang. Puas cari lagu tapi susah.

"Sebab itu saya berasakan kalau nak berduet, kena betul betul ikhlas dan bukannya kerana populariti orang itu," kata penyanyi terkenal, Anuar Zain yang tidak merancang untuk berduet dengan mana-mana penyanyi baru seperti dilakukan kebanyakan penyanyi senior lain.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 52, berkata, dia tidak melihat populariti seseorang penyanyi itu sebagai alasan untuknya bekerjasama atau berduet.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: