25 January 2022

VIDA GELAR ANUAR ZAIN 'GAY' UNDANG KEMARAHAN NETIZEN



Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida sering kali terpalit dengan kontroversi termasuklah kisah cintanya. Malah, apa sahaja isu pasti akan menjadi perhatiannya untuk diulas.

Selepas beberapa tahun menjanda, pasti ramai tertanya-tanya bilakah Vida akan bertemu jodoh lagi. Baru-baru ini, tular video dikongsikan oleh seorang netizen mengenai Vida.

Menerusi video tersebut, Vida berkata ada netizen memberi cadangan supaya Vida mengorat penyanyi bersuara merdu, Anuar Zain.

Namun, jawapan diberikan oleh Vida mengundang kemarahan netizen. Walaupun Vida seolah berbisik, namun jelas kedengaran usahawan itu menyebut 'gay'.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada ruangan komen, netizen meluahkan rasa terkejut dan kurang senang dengan gelaran diberi oleh Vida itu. Kata netizen, penyanyi lagu 'I Am Me' itu tidak sepatutnya keluar perkataan tersebut.

Kata netizen lagi, tidak bermakna kaya boleh melakukan sesuka hati. Tidak kurang juga, ada yang mengaitkan sikap Vida dengan perkahwinannya terdahulu yang tidak bertahan lama.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Anuar Zain boleh mengambil tindakan undang-undang di atas kenyataannya itu apatah lagi melibatkan fitnah dan soal maruah.




KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: