12 February 2022

DUA MINGGU KELUAR MASUK HOSPITAL - DOKTOR BELUM TAHU PUNCA CAPRICE KERAP SESAK NAFAS



"Sejak dua minggu ini saya sering keluar masuk hospital disebabkan demam dan sesak nafas. Perkara pertama yang terlintas difikirkan pastinya jangkitan C0V1D, namun syukur bukan C0V1D.


"Harap tiada apa yang serius dan segera sihat," itulah jawab penyanyi rap Ariz Ramli atau Caprice ketika ditanya pengikut Instagram apabila dia sekali lagi dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat, selepas dua minggu mengalami demam dan sesak nafas.

Caprice, 34, memaklumkan dia sudah beberapa kali mendapatkan rawatan namun doktor masih belum mengesahkan penyakit sebenar yang dialaminya.

Klik untuk gambar besar



Tambahnya, dia juga sempat menghadiri satu sesi pitching dan menunaikan solat Jumaat sebelum dimasukkan semula ke hospital. Dalam masa sama, isteri dan anak tirinya juga sudah menjalani ujian saringan C0V1D bagi memastikan semua dalam keadaan sihat.

"Untuk tujuan keselamatan, seluruh ahli keluarga perlu menjalani ujian. Alhamdulillah semua negatif. Semua yang mempunyai keluarga akan risau dengan peningkatan kes harian," jelasnya.

Untuk makluman, Caprice mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal bernama Farra Inalis, 26, pada November 2021. Farra mempunyai seorang anak perempuan Aleesya Sofea, hasil perkahwinan terdahulu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: