"Kita ada adab untuk menyusukan anak, paling penting kita sebagai orang Islam ada etikanya. Bukan tak boleh menyusukan anak di tempat awam, tapi gunalah kelambu atau kain untuk menutup.
"Ataupun cari tempat-tempat yang sesuai dan tidak menimbulkan sebarang keraguan," demikian kata pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin yang tampil memberi teguran dan nasihat di atas tindakan usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM itu.
Baru-baru ini, nama Kak KM hangat diperkatakan selepas memuat naik sedang menyusukan anaknya di sebuah restoran. Perkara itu mengundang kecaman ramai.
Klik untuk gambar besar
Kak KM bagaimanapun tampil menjelaskan dia tidak menyusukan anak di hadapan orang ramai dan dalam video dimuat naik tidak memperlihatkan bahagian tidak sepatutnya
Menurut PU Amin, bukannya tidak boleh menyusukan anak di tempat awak tetapi sebagai orang Islam ada adab dan etika. Dalam pada itu, PU Amin berkata meskipun sudah beberapa kali memberi teguran namun usahawan itu tetap memuat naik video yang mengundang kecaman ramai.
"Bukan kita tak tegur, dah banyak kali buat teguran tapi dia suka dengan gaya hidup macam itu. Maka biarlah, tanggungjawab kita dah selesai dan kita dah sampaikan," ujarnya.
________________________

No comments:
Post a Comment