02 March 2022

DITUDUH 'PSIKO' & MEROYAN OLEH MONA ALLEN - IQRAM DINZLY MENANGIS TERESAK-ESAK



Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, pelakon Iqram Dinzly tampil menzahirkan perasaan sedih selepas pelakon Mona Allen menuduhnya 'psiko' dan meroyan seperti yang sering ditunjukkan di dunia nyata dan media sosial Instagram.


Baru-baru ini, Mona ada meluahkan rasa terkilan apabila dia mendakwa Iqram terlalu 'menjiwai watak' sehingga tergamak mencekik lehernya begitu kuat ketika sedang berlakon dalam satu babak drama.

Dalam IG Story itu, Iqram dilihat menangis teresak-esak dan berasa tertekan mengenai perkara itu serta enggan memberikan komen lanjut kerana tidka mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Iqram juga reda dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pelakon wanita itu dan telah memaafkannya. Dalam pada itu, Iqram turut menafikan komen Caprice yang mengatakan kontroversi itu sengaja diadakan sebagai 'marketing' untuk mempromosikan drama tersebut kepada orang ramai.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: