02 March 2022

KUMPUL DUIT SETAHUN - ZARA ZYA BERSYUKUR IMPIAN BELI PORSCHE BERHARGA HAMPIR SETENGAH JUTA TERCAPAI



Akhirnya tercapai juga impian pelakon Zara Zya untuk memiliki kereta idamannya jenis Porsche 718 Boxster. Cerita Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, dia mengumpul duit lebih setahun bagi membeli kereta mewah yang berharga kira-kira RM400,000 itu.


"Syukur dan gembira dapat memiliki kereta ini. Saya pilih kereta ini kerana ia lain daripada yang lain. Saya seorang yang akan meletakkan sasaran yang dimahukan dan sejak setahun lalu saya kumpul duit untuk memiliki kereta idaman ini. Kumpul duit pun harus fikir soal ke depan, kerana kereta begini perlukan maintainance yang tinggi. Perlu siap sedia untuk kos servis dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu Zara berkata, dia sedar ada segelintir pihak yang kurang senang melihatnya berbelanja besar membeli kereta mewah tersebut. Namun, baginya apa yang dilakukan itu sebagai penghargaan buat diri sendiri setelah penat bekerja.

"Terpulanglah kepada mereka yang melihat untuk bercakap apa sekali pun. Tak kira apa saya buat, orang akan bercakap juga. Teman-teman rapat yang tahu sasaran saya ramai mengucapkan tahniah kerana berjaya mencapai impian.

Klik untuk gambar besar



"Ini adalah hasil titik peluh sendiri. Satu pencapaian juga buat saya kerana boleh memiliki kereta sebegini," jelasnya yang merupakan pengasas laman web Malaysia Prihatin.

Berkongsi kegembiraan itu di media sosial, Zara berkata, dia tidak pernah berniat untuk riyak dengan perkara itu. Sebagai manusia biasa, dia juga mahu mengabdikan satu kenangan manis dalam hidupnya di laman sosial.

"Bukan saya beli cash pun. Jadi tak perlulah cakap saya belanja besar untuk memiliki kereta ini. Saya juga tidak faham kenapa ia menjadi isu apabila dikongsi di media sosial. Seperti yang saya katakan ini adalah satu pencapaian dalam hidup saya, jadi kenapa tidak kongsikan di media sosial," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: