17 March 2022

NETIZEN KECAM ALIFF SYUKRI KONGSI TIPS MALAM PERTAMA



"Education. Kalau mindset kotor ya fikir tak elok. Kalau jenis open minded ya fikir ni education. Ok," demikian komen seorang netizen yang mempertahankan tindakan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri dan menganggap perkongsian tips dan panduan malam pertama menerusi sebuah video di laman Instagram sebagai satu info dan pelajaran.


Meskipun ada yang mempertahankannya, namun ada juga kritikan daripada netizen dan pengikut media sosialnya kerana Aliff didakwa berkongsi tips tersebut secara terbuka.

Dalam berkongsi tips-tips tersebut, bapa kepada lima cahaya mata itu yang tampil tidak berbaju dan hanya bertuala itu turut sempat mempromosikan produk terbarunya yang dikeluarkan khas untuk kaum lelaki.

Klik untuk gambar besar



"Tips malam pertama untuk pasangan baru berkahwin tag pasangan anda.. siapa setuju sila komen di bawah," tulis Aliff di bahagian kapsyen.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen berpusu-pusu meninggalkan komen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan iklan berbaur lucah tersebut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: