14 April 2022

"FOKUS PELAJARAN DAHULU... BELUM TIBA MASANYA FIKIR SOAL CINTA" - FIZA TAK MAHU ANAK-ANAK ULANG KESILAPANNYA



"Saya mahu mereka fokus kepada pelajaran dahulu dan menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Belum tiba masanya untuk fikir soal cinta. Kalau boleh saya tidak mahu mereka ulang kesilapan yang pernah saya lakukan dahulu. Apabila bercakap soal cinta ini, semua ibu bapa semestinya akan bersikap tegas untuk kebaikan anak-anak mereka," demikian ujar pelakon Fiza Halim.


Kecantikan dua anak dara Fiza mendapat perhatian apabila netizen mula mengusik mahu menjadi menantu pelakon tersebut. Menganggap ia hanya sekadar gurauan, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 41, juga menegaskan belum tiba masanya untuk bercakap soal cinta memandangkan kedua-dua anak gadisnya masih berusia belasan tahun.

Bagaimanapun, Fiza sedar suatu hari nanti kedua-dua anaknya iaitu Feera Aryanna, 14, dan Feeya Adyrra, 13, pasti akan bertemu pilihan hati mereka sendiri. Sebagai ibu, Fiza berkata, dia tidak meletakkan sebarang kriteria lelaki yang boleh mendekati anaknya, namun menjadi tanggungjawab buatnya untuk sentiasa memantau pergaulan mereka.

Klik untuk gambar besar



"Apabila mereka dewasa nanti, mereka akan ada kelompok rakan-rakan tersendiri dan mencari pilihan hati yang serasi dengan mereka. Saya tidaklah menetapkan sebarang syarat untuk mendekati anak saya, cuma sebagai ibu saya harus pantau pergaulan anak supaya mereka berkawan dengan orang-orang yang baik," jelasnya.

Untuk makluman, Feera dan Feeya merupakan anak hasil perkahwinan pertama Fiza dengan bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza dan Farriq bercerai pada November 2010 selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.

Kemudian bekas anggota kumpulan Elite ini berkahwin pula dengan penyanyi Adam pada September 2013 namun hubungan mereka juga tidak kekal lama. Selepas itu, dia kembali berkahwin dengan seorang duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Siti Aleena. Fiza dan Aizat bercerai pada Julai 2019.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: