14 April 2022

TIGA TAHUN MENDUDA - FENDY CALIPH BUSKERS AKUI KINI SEDANG RAPAT DENGAN SEORANG WANITA



"Sebagai seorang lelaki pastinya ada masa akan rasa sunyi apabila hidup tanpa teman. Itu adalah naluri yang biasa. Saya ada rapat dengan seorang wanita saya. Setakat ini itu sahaja yang boleh saya katakan. Kalau ada jodoh saya bersyukur kerana kembali berkahwin," kata pemain dram Caliph Busker iaitu Fendy Adlun yang akui kini sedang rapat dengan seorang wanita, selepas tiga tahun berpisah dengan bekas isteri.


Menurut Fendy, 31, sebagai insan biasa dia juga ada kalanya berasa sunyi dan memerlukan seseorang pasangan hidup. Selain itu, kata Fendy dia juga mahu seseorang yang boleh menjaga anaknya Nur Azalea Zafirah, 7, di rumah ketika dia keluar bekerja.

"Selepas berpisah saya menjaga anak sendiri. Ada masa terpaksa bawa dia pergi kerja dan pulang sehingga lewat malam. Kasihan saya melihat nasib anak dan sebab itu kalau berkahwin nanti, ada orang boleh menjaganya di rumah," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Fendy mengakui berdepan kesukaran untuk menguruskan anaknya, Nur Azalea Zafirah terutama berkaitan hal penjagaan wanita.

"Anak saya semakin besar dan saya sendiri tidak begitu faham tentang hal penjagaan wanita seperti ketika waktu datang bulan. Jadi jika ada seorang ibu boleh memberi tunjuk ajar dan membantu," ujarnya.

Untuk makluman, Fendy pernah berkahwin dengan Nadira Rubina yang juga merupakan bekas anggota Caliph Busker dan mereka bercerai pada 2018. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia tujuh tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: