14 April 2022

"RAMAI HUBUNGI SAYA, VIDEO ITU DAH LAMA... CUMA TAK TAHU KENAPA ADA YANG TULARKAN KEMBALI SEKARANG" - ALYAH



Ada satu artikel yang muncul baru-baru ini yang mendakwa penyanyi Datin Alyah membuat pendedahan dimana dia tidak pernah menyukai setiap inci yang ada pada suaminya, maestro muzik, Datuk Ramli MS.


Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 41, berkata disebabkan video itu juga, ramai yang mula menghubunginya dan bertanya mengenai keadaan diri dan rumah tangganya kini.

"Memang ramai sangat yang hubungi saya. Video itu dah lama. Cuma tak tahu kenapa ada yang tularkan kembali sekarang sedangkan saya dan suami tiada sebarang masalah pun. Apa yang berlaku telah menimbulkan salah faham.

"Tak mengapalah, saya maafkan cuma saya kena menjawablah dengan ramai orang. Apatah lagi lepas ini kita nak balik raya, mesti ada yang bertanya. Saya anggap apa yang berlaku ini satu dugaan di bulan Ramadan," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Alyah, pendedahan yang dibuat dalam video itu adalah perkara lama dan ketika itu dia masih belum matang sepenuhnya dalam melayari kehidupan berumah tangga. Malah, Alyah mengakui ada konflik yang berlaku dalam rumah tangganya ketika sesi video itu dirakam dan dia tercakap perkara yang tidak sepatutnya.

"Dahulu memang saya nak semua orang tahu yang saya ada masalah... tetapi semakin lama kita berumah tangga, saya dapat rasakan bahawa apa yang berlaku sebelum ini adalah untuk menjadikan kita seorang insan yang baik. Masa saya balik dari melakukan umrah pada 2019, banyak perkara yang merubah saya dan kini saya semakin matang dalam menguruskan rumah tangga," jelasnya.

Berkongsi lanjut mengenai keperibadian suaminya yang turut dikenali sebagai Tok Ram, penyanyi lagu 'Kisah Hati' itu mendedahkan, "Tok Ram ini tak romantik tapi dia caring orangnya," ujar Alyah yang berkahwin dengan Tok Ram pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: